Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, adalah lebih baik Pas menjalin kerjasama dengan UMNO berbanding Bersatu kerana UMNO dilihat lebih baik dari pelbagai aspek.
“Jika ada peluang untuk kita bekerjasama dengan PAS, kita alu-alukan, sudah ada petanda awal ke arah itu. UMNO lebih baik dari segala segi, lebih baik dengan UMNO berbanding Bersatu,” katanya selepas perutusan Tahun Baru 2017, di Dewan Seri Negeri, Khamis.
Katanya, sekiranya PAS memilih Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk kukuhkan pembangkang, UMNO Kedah tetap bersedia berdepan situasi itu.
“Saya yakin kita mampu berdepan dengan apa jua situasi. Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disambut meriah oleh rakyat Kedah, bermakna UMNO masih ada sokongan akar umbi,” katanya.
Ahmad Bashah berkata, amanat Najib agar Kedah dapat dipertahankan bukan mustahil untuk dicapai.