Perjumpaan itu diadakan di Ipoh dimana daripada 700 ketua cawangan di negeri itu, 400 orang masih setia bersama Ahli Parlimen Cameron Highlands itu.
Tindakan ini dikatakan memberi tamparan hebat kepada kepimpinan Presiden MIC sekarang Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.
Dibahagian Lumut yang dibawah bimbingan Ketua MIC Perak, Datuk Elango pula, 35 ketua cawangan dan 30 penyokong hadir ke majlis perjumpaan bersama Palanivel.
Seorang lagi pemimpin dibawah Palanivel iaitu. A.K.Ramalingam berkata, perjuangan menentang Subramaniam tidak akan lenyap sehingga mendapat keadilan sewajarnya.
“Mereka bertindak keterlaluan disebabkan kuasa di tangan mereka sekarang., tapi kita tidak akan berganjak dari perjuangan ini dan akan menang juga,” ujarnya.
Seorang ketua cawangan MIC Batu Gajah, Kaliyappan mendakwa tindakan puak Subramaniam yan cuba menghalang perjumpaan MIC oleh puak Palanivel satu tindakan zalim dan tidak adil.
Mereka turut mendakwa kepimpinan Subramaniam gagal membela nasib komuniti India di negara ini. – Malaysia Nanban