16
Daripada jumlah tersebut, seramai 236 melibatkan penduduk di Kampung Tok Muda di Klang yang mana membabitkan 53 keluarga sudah ditempatkan di pusat pemindahan banjir di Dewan Serbaguna Kampung Tok Muda.
Seramai 85 mangsa ditempatkan di dua dewan, membabitkan 60 orang di Dewan Sungai Air Tawar dan 25 lagi di Dewan Parit Baru.
Jumlah berkenaan tidak termasuk penduduk di Kampung Seri Keramat, Batu 5, Kapar yang turut terjejas akibat benteng penahan pecah pagi tadi.
Selain dua daerah itu, belum ada pemindahan dilakukan di tiga lagi daerah lain yang turut terkesan dengan fenomena air pasang besar luar biasa ini.
Perkembangan ini dimaklumkan melalui satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Unit Pengurusan Bencana Selangor pada Ahad.