Lebih 20,000 pemandu teksi terjejas angkara Grabcar dan Uber

Kesemua 20,000 pemandu berkenaan dikatakan telah memulangkan teksi mereka disebabkan tidak dapat mencari pendapatan kerana dimusnahkan oleh kewujudan dua perkhidmatan yang didakwa haram itu.

‘Majoriti daripada jumlah itu ialah pemandu teksi India,” kata Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani.

Katanya terdapat lebih 70,000 pemandu teksi dan majoriti yang menyerahkan semula teksi ialah masyarakat India.

Beliau mendakwa Uber dan GrabCar bertindak seperti ‘maharaja’ dengan menutup periuk nasi pemandu teksi biasa.

Tindakan operasi mereka juga melampau tanpa sebarang sekatan undang-undang.

Kerajaan digesa tidak bersikap double standard dalam isu teksi dan Uber selain kebanyakan pemandu teksi pula didakwa warga asing dan ia mencetuskan kebimbangan terhadap tahap keselamatan penumpang. – Malaysia Nanban

Related Articles