Lawatan ke China menghasilkan kejayaan besar

by SM Amin

Malaysia merupakan negara pertama mengadakan hubungan diplomatik dengan negara China. Dalam bidang hubungan diplomatik dengan China, sudah pasti Malaysia mengatasi negara-negara lain dalam ASEAN. Hubungan kerjasama Malaysia-China mula dijalin pada 1974 dan kekal hingga hari ini. Dasar luar yang akrab telah membuka peluang ekonomi yang begitu luas kepada rakyat kedua-dua negara.

Pada lawatan kali ini, Najib telah menandatangani 14 perjanjian persefahaman (MoU) termasuk kerjasama pertahanan, pendidikan, pertanian dan lain-lain. China juga akan membina projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang menelan belanja sebanyak RM55 bilion untuk membangunkan ekonomi Pantai Timur Semenanjung.

Pihak syarikat perniagaan swasta kedua-dua negara juga menandatangani (MoU) yang bernilai RM144 bilion yang dianggap jumlah pelaburan yang tertinggi. Selain itu, pihak kerajaan China juga bersetuju menambah import sarang burung walit dan minyak sawit. Langkah tersebut dijangka akan memberi keuntungan kepada pengusaha burung walit dan pertanian sawit di negara ini.

Dalam lawatan Najib kali ini, kerajaan Malaysia membeli empat buah kapal misi pesisir peronda (LMS) untuk kegunaan TLDM. Pembelian tersebut bukan sahaja melakar sejarah baharu dalam hubungan kerjasama dalam bidang ketenteraan, malah meningkatkan keyakinan pelaburan antara Malaysia dan China.

Kesimpulannya, lawatan Najib kali ini menghasilkan kejayaan besar terutama dalam bidang pertahanan, ekonomi dan pendidikan. Selain daripada itu, lawatan tersebut juga dijangka dapat membantu memulihkan ekonomi negara ini serta melakar sejarah baharu dalam bidang hubungan antara kedua-dua negara. – Sin Chew Jit Poh

Related Articles