Laporan awal MIROS siap dalam dua minggu

Ketua Pengarah Miros Prof Dr Wong Shaw Voon berkata institut itu sedang menjalankan siasatan terperinci dan menyeluruh untuk mengenal pasti punca sebenar nahas itu, yang menyebabkan 14 penumpang terbunuh.

Beliau berkata pihaknya menerima kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam mengumpul maklumat diperlukan.

“Agensi berkenaan sedang menjalankan siasatan mengikut keperluan dan kapasiti masing-masing yang merangkumi pelbagai aspek berkaitan pemandu, pengendalian syarikat, jalan raya serta keadaan bas terbabit.

“Kesemua maklumat yang dikumpulkan akan diteliti sebelum laporan awal dikeluarkan dalam tempoh dua minggu dengan objektif utama mengenal pasti ruang penambah baikan supaya kejadian seumpama itu tidak berulang,” katanya.

Wong berkata semua pihak termasuk pengusaha bas dan penumpang perlu memainkan peranan masing-masing bagi mengelak kejadian sama berulang.

Pihak pengusaha juga perlu memastikan pemandu mempunyai rehat secukupnya selain dalam keadaan cergas dan sihat untuk menjalankan tugas dengan baik kerana ia melibatkan keselamatan penumpang. -Makkal Osai

Related Articles