Lapan tol LDP, SDE laksana sistem kutipan tol elektronik mulai 9 November ini

Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia (PSKLM) dalam kenyataannya pada Khamis memaklumkan pelaksanaan ETC itu memerlukan pengguna membayar tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG.

Plaza tol LDP melibatkan Plaza Tol Penchala, Plaza Tol Petaling Jaya, Plaza Tol Puchong Barat dan Plaza Tol Puchong Selatan manakala di SDE melibatkan Plaza Tol Senai, Plaza Tol Ulu Tiram, Plaza Tol Cahaya Baru dan Plaza Tol Penawar.

“Untuk melancarkan operasi tol di kesemua plaza tol berkenaan, pihak konsesi lebuh raya akan memastikan kemudahan Lorong Tambah Nilai dan penjualan kad Touch ‘n Go di lorong beroperasi 24 jam.

“Kakitangan juga akan ditempatkan di lorong bagi membantu masalah yang dialami pengguna,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Related Articles