Lans Koperal miliki BMW, bulan madu mewah kantoi rupanya Geng Samun Minyak

Aktiviti anggota polis berkenaan yang dikatakan dilakukan bersama abangnya dan konco-konco Geng Minyak pecah selepas polis menahan dua beradik itu pada 25 Oktober lalu.

Malah hasil siasatan lanjut pasukan khas dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan mendapati mereka menjadikan Sungai Kemasin di Kampung Tengah Perupok di Bachok sebagai lokasi menyorokkan peti-peti besi yang telah dirompak mereka.

Sumber berkata, hasil soal siasat yang dijalankan terhadap dua suspek utama berusia 25 dan 28 tahun itu telah membawa pihak polis ke lokasi ber­kenaan yang dijadikan sebagai lokasi membuang tiga peti besi kosong selepas menyamun semua duit di dalamnya.

“Pihak polis mendapatkan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan untuk melakukan selaman bagi mengesan barang utama kes yang dibuang anggota kumpulan penjenayah ini.

“Hasil operasi yang dijalankan selama empat jam bermula pukul 3 petang semalam (Rabu), akhirnya kita berjaya menemui tiga peti besi yang dicampak suspek ke dalam sungai yang dianggarkan sedalam lima meter,” katanya, memetik Kosmo Online.

 

Related Articles