Langkah keselamatan baharu di Sabah – Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu akan dibincangkan segera dengan pasukan keselamatan kerana insiden yang berlaku merupakan tamparan kepada negara.

Mendedahkan insiden penculikan itu ada kaitan dengan kebocoran maklumat dalaman, Perdana Menteri berkata, kerajaan akan melakukan apa sahaja bagi melindungi rakyat di negeri Sabah.

“Ini merupakan tamparan kepada kita dan berlaku disebabkan kebocoran maklumat, kita akan ambil langkah-langkah keselamatan baharu dengan segera,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu negara pada Jumaat.

Related Articles