Landasan kereta api hubungkan Makkah-Madinah dibuka Mac 2018

Landasan itu sepatutnya dijadualkan dibuka menjelang akhir tahun ini tetapi tarikh menyiapkan projek tersebut ditunda kepada akhir tahun hadapan.

Menurut jurucakap kepada syarikat konsortium Al-Shoula, operasi sepenuhnya akan bermula pada Mac 2018 dan operasi separa bakal bermula beberapa bulan awal, pada Disember.

Kerajaan Arab Saudi pada 2011 menganugerahkan kontrak berjumlah AS$7.1 bilion (RM 31.28 bilion) kepada konsortium yang terdiri daripada 12 syarikat Sepanyol dan dua firma negara itu untuk projek berkenaan. – AFP

Related Articles