16
Menurut laporan Utusan Online, selain beliau, beberapa pemimpin PKR Sabah dikatakan turut mengikut jejak langkah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias itu, namun punca utama tindakan tersebut hanya akan diketahui dalam sidang akhbar itu nanti.
Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai keputusan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah itu untuk meninggalkan PKR kerana tidak berpuas hati dengan kepemimpinan yang ada.
Keputusan itu bakal melemahkan PKR Sabah selepas bekas Naib Presidennya yang juga Ahli Parlimen Penampang, Darel Leiking telah mengisytiharkan keluar PKR minggu lalu.