Beliau sebaliknya berkata, sejak dilancarkan pada Mac sehingga hari ini, mereka hanya memperolehi suku juta tandatangan sahaja yang dikumpul.
Gerakan Selamatkan Malaysia bagaimanapun katanya masih berharap agar rakyat akan lebih berani dan menyatakan sokongan terhadap Deklarasi Rakyat, yang turut diasaskan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Pada kadar yang telah kita capai, kita sudah dapat suku juta tanda tangan. Dengan sokongan rakyat yang ada dan sambutan hangat kepada pimpinan gerakan ini di merata tempat termasuk Sarawak, kita harap dan rancang agar capai matlamat paling lewat sebelum 9 Mei,” katanya kepada pemberita ketika sidang media di Petaling Jaya, pada Selasa.
Kamaruddin berkata, kuranynya jumlah pungutan tanda tangan adalah berpunca daripada halangan-halangan yang dihadapi khususnya ketakutan sebahagian besar rakyat untuk menurunkan tanda tangan walaupun menyokong gerakan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sehubungan itu, beliau berkata, sekretariat berkenaan akan mengadakan jelajah di sembilan negeri bermula 29 April sehingga selewatnya-lewatnya 3 Mei depan.
“Kita mengakui ada halangan-halangan, sekatan-sekatan terhadap apa yang kita lakukan ini.”
“Kita menyedari ada kemungkinan ada sesetengah rakyat Malaysia takut untuk turunkan tanda tangan tapi itulah kita mahu jelajah ini menyedarkan rakyat untuk berani membuat keputusan,” katanya.
Ahli Parlimen Tumpat itu berkata, sekiranya matlamat mereka masih gagal dicapai menjelang persidangan Majlis Raja-Raja pada Mei, proses mengumpul tandatangan akan tetap diteruskan.
Selain Mahathir, Deklarasi Rakyat turut ditandatangan oleh pemimpin pembangkang 4 Mac lalu demi mendapat sokongan daripada Majlis Raja-Raja untuk menyingkirkan Najib sebagai perdana menteri.