Kumpulan pertama tiba di Madinah

Mereka disambut Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi Datuk Zainol Rahim Zainuddin.

Turut menyambut ketibaan mereka adalah Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Mohammad Ali Selamat, Timbalan Pengerusi Muassasah Adila’ Kamal Ahmed Khalifa, Timbalan Ketua Rombongan Haji Malaysia Nurrinanuwar Shamsuddin dan Konsul Haji Malaysia di Jeddah Datuk Redhuan Sabaruddin.

Sebelum itu, kumpulan jemaah berkenaan serta 47 petugas haji tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohamad bin Abdul Aziz, Madinah jam 8.30 pagi Khamis.

Zainol Rahim menasihatkan semua jemaah supaya menjaga nama baik negara serta menjaga kesihatan supaya dapat melaksanakan ibadah haji dengan sempurna. – Harian Metro

Related Articles