19
Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Terengganu, Che Adam A. Rahman berkata, sebuah pusat pemindahan baru dibuka masing-masing di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus yang mula dilanda banjir awal pagi tadi.
“Seramai 113 mangsa dari Kuala Nerus dan 17 dari Kuala Terengganu telah dipindahkan berikutan paras Sungai Nerus yang meningkat.
“Secara keseluruhan 115 pusat pemindahan masih dibuka di seluruh negeri pada pukul 8 pagi tadi. Daerah Besut paling terjejas dengan 3,240 mangsa berada di pusat pemindahan,” katanya memetik Kosmo Online.