Ku Li enggan ulas ‘khabar angin’ 1MDB

 
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, namun begitu, dirinya tidak mempertahankan sesiapa berkaitan skandal yang menyelubungi syarikat itu.
 
“Saya telah beritahu anda bahawa (isu-isu berkaitan) 1MDB dan yang lain hanya akan dibincangkan selepas (laporan) ketua audit negara (mengenai 1MDB) dibentangkan di Parlimen.
 
“Saya tidak akan bercakap perkara-perkara berdasarkan khabar angin..Saya tidak mempertahankan sesiapa, saya mahu kebenaran,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di Lobi Parlimen hari ini.

 
Ku Li turut menegaskan, pendiriannya berada di belakang kepimpinan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak adalah bagi menyokong kepimpinan beliau sebagai ahli Umno.
 
“Ahli Umno ini nafas, makan, percakapan, fikirannya (mengenai Umno)… secara rohani, (juga) orang Umno,” katanya.
 
Dalam satu wawancara bersama akhbar MIngguan Malaysia semalam, Ku Li berkata beliau masih ahli Umno sedangkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lahi merup[akan ahli parti Melayu itu.
 
Kenyataan itu menjelaskan tindakannya menyokong kepimpinan Najib.
 
Ku Li turut menjawab dakwaanb Dr Mahathir bahawa Umno bukan lagi sebuah parti Melayu tetapi adalah parti Najib sekarang.
 
“Umno bukan lagi Umno tetapi parti Najib? Siapa yang cakap begitu? Umno adalah sebuah parti politik yang berdaftar.   
 
“Anda boleh bermain dengan kata-kata tetapi apanya (Umno) yang sah? Ia sebuah masyarakat politik yang berdaftar, ia adalah sebuah parti politik yang ahli-ahlinya menyokong cita-cita dan objektif organisasi itu,” kata Ahli Parlimen Gua Musang itu. 
 
 
 
 

Related Articles