KPN diarah tahan Muhammad Ridhuan ingkar perintah mahkamah

Panel lima hakim yang dipengerusikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif membenarkan rayuan guru tadika M. Indira Gandhi untuk melaksanakan semula perintah mandamus dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengarahkan KPN melaksanakan waran komital terhadap Muhammad Ridhuan.

Beliau mengembalikan semula kes itu ke Mahkamah Tinggi Ipoh bagi Hakim Mahkamah Tinggi itu memantau pelaksanaan waran komital terhadap Muhammad Ridhuan.

Hakim Raus berkata, Muhammad Ridhuan sengaja mengingkari perintah mahkamah itu dan dia masih enggan menyerahkan Prasana Diksa yang berumur lapan tahun kepada Indira Gandhi.

Beliau berkata, Muhammad Ridhuan telah mempertahan tindakannya itu semasa didapati bersalah mengingkari perintah penjagaan anak itu dan merayu ke Mahkamah Persekutuan, dan menurutnya, apabila rayuannya ditolak dia menghilangkan diri bersama-sama Prasana Diksa. – Bernama

Related Articles