KPN dedah pemimpin negara jadi sasaran DAESH

Pada November 2015, laporan pihak risikan mendapati beberapa pemimpin Malaysia antara yang menjadi sasaran Daesh.

Antara pemimpin terlibat adalah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan anggota kanan Kabinet negara.

Pada Julai 2016 pula, Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, menerima ancaman bunuh menerusi panggilan telefon daripada militan Muhamad Wanndy Mohamad Jedi.

Bagaimanapun, Khalid memberi jaminan bahawa pihaknya terutama bahagian anti keganasan itu tidak akan berkompromi dalam melaksanakan tugas untuk membanteras kegiatan militan. -Makkal Osai

Related Articles