KPN beri amaran jangan kacau kerja polis

Beliau sebelum itu dengan jelas menujukan kenyataan berkenaan kepada Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching yang sebelum ini mempertikaikan tindakan polis terhadap ugutan yang diterima Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah oleh Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

“Saya ingatkan Teo Nie Ching agar tidak membuat kenyataan politik (atas kerja-kerja polis),” kata Khalid ketika ditemui selepas menghadiri perhimpunan bulanan di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau sebelum itu menjelaskan, polis telah memulakan siasatan terhadap Ali Tinju di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

“Kami juga sedang menyiasat Maria Chin di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang memudaratkan sistem demokrasi berparlimen menerusi penganjuran BERSIH 5,” jelasnya.

Teo pada Sabtu lalu mempertikaikan mengapa selepas 48 jam, pihak berkuasa tidak melakukan siasatan terhadap kenyataan Ali Tinju yang dikatakan mengancam keselamatan Maria.

Related Articles