Koperal polis maut selepas bergelut dengan isteri

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, mangsa berusia 31 tahun dari Johor dikatakan cedera di bahagian dada manakala isterinya berusia 28 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Salehuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang ramai yang mendengar satu bunyi letupan kuat di kawasan berkenaan.

“Mangsa ditemui mati terbaring di ruang dengan kesan tembakan di dada.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat, manakala isterinya ditahan untuk diambil keterangan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Astro Awani

Related Articles