Kongsi gelap kini dalam bahaya – Zahid Hamidi

“Bukan sahaja dalam kalangan masyarakat India, malah nyawa gangster di kaum lain juga kini dalam bahaya,” katanya.

Ahmad Zahid juga mengingatkan ahli-ahli kongsi gelap supaya keluar dari geng masing-masing kerana tindakan mereka bukan sahaja mengancam nyawa orang lain malah turut mengancamkan nyawa ahli keluarganya.

Tambah beliau, kerajaan, pemimpin masyarakat India dan badan bukan kerajaan (NGO) juga mempunyai pelbagai rancangan untuk menjaga kelangsungan status sosial dan kebajikan komuniti India di negara ini.

Ahmad Zahid berkata demikian ketika berucap melancarkan program Ethirkalam ‘Victory for the Future’ di Dewan Sanmarka Orang India, Hutan Melintang .

Beliau menambah, sebagai ahli parlimen Bagan Datoh, di Bagan Datoh terdapat 14 sekolah tamil dan kebanyakkan orang India berada di kawasan ini dan beliau tidak akan memilih kasih dalam hal ini.

Ahmad Zahid berkata masyarakat India amat beruntung kerana kebajikan mereka sentiasa menjadi keutamaan kerajaan termasuklah dalam Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Menerusi bajet itu, kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). – Tamil Malar

Related Articles