Komponen BN tak perlu terdesak sokong RUU Syariah – Sivarraajh

Ketua Pemuda MIC, Datuk C. Sivarraajh berkata, komponen BN tidak perlu terburu-buru dalam bil yang mendapat perhatian serius UMNO.

“Di negara yang diduduki rakyat majmuk, UMNO perlu menghormati hak dan perasaan parti komponen BN,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi bahawa Kmponen BN berada dalam keadaan terdesak menyokong bil itu sekiranya UMNO mengambil RUU itu.

RUU itu bertujuan untuk meningkatkan hukuman melibatkan Mahkamah Syariah.

Mengulas lanjut, kerajaan khususnya UMNO komited untuk memberi pencerahan lebih lanjut dan teliti berhubung isu RUU Syariah itu kepada parti komponen BN mengelak kekeliruan dan salah faham. – Tamil Nesan.

Related Articles