14
Ketua Polis Daerah Tampin Supt Hamazah Ab Razak yang mengesahkan perkara tersebut berkata bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang laporan rasmi diterima pihaknya.
“Masih belum ada report…tapi memang berlaku,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp pada Khamis.
Dikhabarkan ketiga-tiga mangsa yang bertugas di unit 22 komando itu telah diberikan rawatan di Hospital Tentera Darat (HTD) Kem Syed Sirajuddin Gemas sebelum dipindahkan ke Hospital Segamat, 3 petang semalam.
Seorang daripadanya turut dikhabarkan kritikal selepas 32 peratus badannya terbakar, manakala dua lagi, masing-masing 27 dan 10 peratus terbakar di badan, separa kritikal.— Bernama