KM Melaka terbabit kemalangan kecil di lebuh raya Plus

Dalam kejadian pukul 6.50 petang itu, kereta dinaiki oleh Idris bersama pemandu dan pengawal peribadinya melanggar belakang sebuah kereta yang dikatakan secara tiba-tiba mengubah laluan.

Idris, dalam kenyataan menerusi ‘Whatsapp’ malam tadi, berkata ketika kejadian, beliau dalam perjalanan pulang ke Melaka selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Beliau berkata ketika tiba di tempat kejadian sebuah kereta tiba-tiba mengubah laluan tetapi pemandunya sempat membrek tetapi gagal mengelak lalu melanggar bahagian belakang kereta tersebut.

Menurutnya, selepas kemalangan itu, beliau menyambung perjalanan dengan menaiki sebuah lagi kereta dipandu oleh pegawai lain dan sempat menghadiri majlis jamuan malam sempena pelantikan Tun Mohd Khalil Yaakob sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal keempat.

Bernama

Related Articles