KKM tingkat saringan kesan virus zika

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, saringan kesihatan itu juga akan dijalankan di terminal penerbangan tempatan yang menerima penerbangan terus dari Singapura, seperti Pulau Pinang dan Langkawi.

“Memang kita sudah ada pasukan yang menjalankan saringan kesihatan di pintu masuk Johor tetapi kita akan tambah jumlah anggota kesihatan bagi menjalankan pemeriksaan bagi mengesan virus Zika.

“Kita turut menjalankan ‘tremor scan’ di terminal penerbangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutupan Summer Health Camp Kelab Doktor Muda Peringkat kebangsaan di sini hari ini. – Bernama

Related Articles