17
Dalam satu kenyataan hari ini, Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KKLW akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah serta penyelewangan.
Mohd Arif, 59, dan dua anak lelakinya direman tujuh hari sehingga 11 Jan ini bagi membantu siasatan SPRM berkaitan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.
Dia ditahan oleh SPRM di kediamannya di USJ, Subang, semalam.
Dua anaknya yang masing-masing berumur 29 dan 34 tahun pula ditahan semasa diambil keterangan di ibu pejabat SPRM, semalam.–Bernama