Khairy bergegas meninggalkan beberapa pengamal media yang sedang menunggu untuk mendapatkan penjelasan beliau selepas merasmikan program penutupan MYCorps siri 1 di Pusat Belia Antarabangsa,Kuala Lumpur, pada Rabu.
Terdahulu, Khairul Azwan membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga individu berpengaruh itu dengan mendakwa mereka dipercayai terlibat dengan satu konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak , di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Dalam laporan itu, Khairul Azwan menyatakan nama tiga individu tersebut sama ada secara berseorangan atau bersama terlibat dalam satu konspirasi untuk menggulingkan Najib sebagai perdana menteri dan kerajaan Malaysia yang sah.
Katanya, beliau mempunyai sebab-sebab untuk mempercayai individu-individu tersebut telah memberi maklumat sulit dan dokumen kepada agensi-agensi di Amerika Syarikat termasuk pihak FBI (Biro Siasatan Persekutuan).- Sinar Harian