Kita tidak akan kaitkan diri dengan Amanah, kata Nik Amar

Naib Presiden PAS yang juga Timbalan Menteri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata demikian malah tidak memandang Amanah sebagai satu ancaman yang mampu menggugat kedudukan mereka di negeri itu.

Sebaliknya, PAS mengambil pendekatan untuk bertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN)tanpa ada campur tangan dari pihak lain.

“Kami tidak akan duduk dengan Amanah untuk membincangkan mengenai pertandingan satu lawan satu dengan BN dalam pilihan raya akan datang,” kata Mohd Amar yang juga mesra dipanggil Nik Amar.

Beliau berkata demikian selepas menutup Hari Sayiddatina Khadijah di Kota Bharu pada Selasa.

“Adalah menjadi dasar parti untuk tidak mengaitkan diri kita dengan Amanah. Amanah boleh menjadi ancaman, tetapi kami bersedia untuk berhadapan cabaran pada pilihan raya umum akan datang,” katanya lagi. –mStar 

Related Articles