Kita nak kurangkan majoriti BN – GKCM

by SM Amin

Naib Presiden GKCM, Rushdan Mohamed berkata sekiranya GKCM turut masuk bertanding, undi daripada masyarakat Melayu yang merupakan majoriti di Sungai Besar akan pecah empat di antara BN, PAS, Amanah yang terlebih dahulu mengumumkan calon masing-masing.

Bagaimanapun, keputusan muktamad sama ada GKCM akan bertanding atau tidak belum diputuskan lagi.

“Itu yang kita mainkan isu itu sebenarnya, calon ada tetapi nak letak atau tidak itu sekarang yang belum diputuskan.

“Kita tengok kepada situasi bergantung kepada situasi. Tidak mustahil untuk kita letak calon,”katanya seperti dilapor Berita Daily.

Selain memecahkan undi Melayu, GKCM juga berharap pengundi Cina yang sebelum ini tidak keluar mengundi, menyokong calon Bebas.

“Kita mahu tarik pengundi yang tidak keluar mengundi sebelum ini. Kita mahu pastikan majoriti calon Najib (undi BN) makin kurang.

“… Kalau boleh kita mahu lebih ramai pengundi Cina keluar,” tambah beliau.

Sebelum ini terdapat khabar angin, GKCM akan meletakkan bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Tali Air, Sungai Leman, Sungai Besar, Hasnizam Adham sebagai calon mereka di PRK Sungai Besar.

Mengulas mengenai PRK Kuala Kangsar yang diadakan serentak pada 18 Jun depan, Rushdan berkata pihaknya masih lagi berbincang dan belum membuat sebarang keputusan.

Related Articles