Kita mahu lihat tujuan parti baharu dahulu – Guan Eng

by SM Amin

Kata Guan Eng, Majlis Presiden Pakatan Harapan akan mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya.

“Sesiapa sahaja boleh tubuhkan parti dalam sebuah negara yang demokrasi, tetapi kita juga perlu melihat tujuan utama parti itu.

“Majlis presiden akan bertemu dan mengeluarkan kenyataan,” kata Guan Eng selepas menghadiri majlis peringatan tujuh tahun kematian Teoh Beng Hock, di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih di sini pada Ahad.

Setiausaha Agung DAP itu juga menolak untuk memberi respon ketika ditanya mengenai pendirian DAP kerana takut kenyataannya diputarbelit oleh pihak yang mempunyai agenda lain.

Related Articles