KIMMA beri bantuan kewangan kepada 88 pelajar

Presidennya, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata setiap pelajar diberikan RM100  untuk membeli buku dan alat tulis berikutan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.

“Ia dapat meringankan beban keluarga mereka. Kimma sentiasa akan memberi bantuan kepada golongan ini.

“Kita juga memberi komputer riba kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke tahap universiti,” katanya.

Beliau berkata, India muslim juga perlu bergiat aktif dalam politik dengan menyertai KIMMA. -Makkal Osai

Related Articles