Khir Toyo enggan ulas isu kahwini penjawat awam

Ketika dihubungi beliau tidak mahu memberi sebarang kenyataan terhadap laporan itu.

“Saya tak tahu berita berkenaan….saya kini berada di rumah,” katanya.

Dr Mohamad Khir, 51, dilaporkan bernikah dengan Christine Zanitrah, 39, atau Christine Tan yang memeluk agama Islam pada April.

Beberapa gambar Christine Zanitrah memakai pakaian pengantin turut tersebar di laman media sosial.

Perkahwinan pertama Dr Mohamad Khir bersama Zaharah Kechik pada 1990 dan mereka dikurniakan tiga anak.

“Perkahwinan kedua Dr. Mohamad Khir itu berlangsung di dalam negara, Christine Zanitrah merupakan penjawat awam di Putrajaya,” kata sumber terdekat, memetik laporan Bernama.

Sumber tersebut turut mengirim beberapa keping gambar Christine Zanitrah pada majlis itu, yang memakai busana pengantin rekaan pereka terkenal Datuk Radzuan Radziwill.

Related Articles