Khalid sahkan laporan polis dibuat ke atas bekas Pengarah Operasi Khas SPRM

Khalid mengesahkan pada Jumaat bahawa laporan itu dibuat beberapa kali pada tahun lalu di Kelantan.

“Kami menerima laporan polis pada tahun lalu jika tidak silap saya. Siasatan telah dijalankan dan kami menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.

“Seperti biasa, kita perlu menyiasat kerana terdapat laporan dibuat dan apa sahaja penemuan akan diserahkan kepada Peguam Negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Selamat 10/2017 di Persada PLUS sempena musim perayaan Tahun Baru Cina yang akan datang.

Related Articles