Kayveas selaku ahli komponen Barisan Nasional memberikan nasihat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Tapah dalam Pilihan raya Umum ke-14 nanti tetapi, bekas Naib Presiden MIC itu pula dikatakan membidas kenyataan Kayveas itu semalam.
Kayveas menasihatkan pemimpin MIC supaya melepaskan sikap politik berkepentingan diri sendiri dan perlu berusaha menyatukan parti MIC yang ahlinya berpecah dua akibat krisis dalam pada tahun lalu yang akan menguatkan BN menjelang PRU-14.
Namun, Saravanan dikatakan membalas kenyataan Kayveas dengan tidak menerima nasihat dan cadangan itu menyebabkan para ahli akar umbi MIC di Perak kecewa ke atas Saravanan.
Saravanan dikatakan dalam kenyataan balasnya mendakwa Kayveas sedang main politik menggunakan MIC.
MyPPP tidak perlu bermain politik menggunakan MIC kerana myPPP juga merupakan parti komponen BN.
Tetapi disebabkan keadaan MIC yang masih berpecah dua dari segi keahlian akan menjejaskan BN, jadi dalam perkara ini myPPP mempunyai hak mempersoalkan MIC dan ia perlu disedari Saravanan.
Saravanan perlu menjelaskan kenapa ahli MIC berpecah dua puak dan satu lagi puak besar berada di luar parti jika beliau menafikan MIC tidak berada dalam keadaan krisis. – Tamil Malar