Kes rayuan pasangan ganggu pegawai MBSA 20 Januari

Timbalan Pendakwa Raya Kanan Mahkamah Tinggi, Jackie Marry menetapkan tarikh tersebut selepas kes itu dikemukakan kepada beliau.

Pendengaran rayuan itu akan dibacakan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi, Wong Tek Meng.

Pihak pendakwa raya yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amira Haziqah Zulkifli ketika ditemui pemberita, berkata, tarikh tersebut ditetapkan bagi mendengar rayuan daripada Lor Ka Hoo, 35, and isterinya, Tan Sit Fun, 30, serta rayuan oleh pihak pendakwaan.

Jelasnya, pihak pendakwa raya memfailkan rayuan pada 15 Disember lalu bagi mengenakan hukuman yang lebih berat ke atas pasangan tersebut.

Ka Hoo dan Sit Fun mengaku bersalah menggunakan kekerasan untuk menghalang penguatkuasa MBSA, Nurul Ain Isa, 23, daripada melaksanakan tugasnya.

Kesalahan itu dilakukan di tempat letak kereta awam di Jalan BRP 6/12, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini kira-kira pukul 10.30 pagi pada 24 November lalu –Bernama

Related Articles