15
“Ini (kajian) adalah prosedur tertinggi undang-undang bagi mendapatkan pembebasan Anwar.
“Sebagai sebuah parti kita akan menggerakkan ahli untuk menyatakan sokongan kami.
“Kami akan bekerja keras untuk berjuang sebagai sebuah parti untuk menuntut pembebasan Anwar,” kata Naib Presiden PKR, Tian Chua di ibu pejabat parti itu pada Jumaat.
Perhimpunan yang dinamakan sebagai “Solidariti Menuju Kebebasan” itu bertujuan untuk menunjukkan sokongan ahli parti bagi menuntut pembebasan Anwar, petik laporan mStar Online.