Kes cerai Nika Gee yang dikaitkan dengan Muhyiddin selesai

Perkara itu dimaklumkan peguam Augustin, S. Periasamy kepada pemberita selepas kedua-dua pihak bertemu hakim Mahkamah Keluarga, Mariah Ahmad di dalam kamar.

Jelas Periasamy, perkahwinan itu dibubarkan dengan persetujuan bersama berkuatkuasa serta merta.

Augustin memfailkan perceraian pada tahun lalu selepas menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan Muhyiddin.

Malah pada 7 Disember 2015, Augustin membuat satu akuan bersumpah (SD) menuduh isterinya telah menjalinkan hubungan sulit dengan figura politik terkenal dari Johor itu.

Dalam pengisytiharan tersebut, dinyatakan bahawa Nika telah bertemu Muhyiddin di luar negara dan menerima ganjaran berbentuk kewangan dan barangan daripada ahli politik itu.

Muhyiddin, bagaimanapun, telah menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan menyifatkannya sebagai fitnah yang sengaja diada-adakan bagi memburukkan reputasinya.

Related Articles