Kes campak ular selesai cara baik dengan ibu bapa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, tiada aduan atau pandangan negatif daripada ibu bapa murid terlibat terhadap kes tersebut.

Menurutnya, semua tindakan yang perlu termasuk menggantung pembantu jurulatih APM yang mencampakkan ular juga sudah diambil.

“Titik penyelesaian sudah dicapai dengan semua pihak. Tidak berlaku tuduh-menuduh di antara ibu bapa dan pihak sekolah dengan APM berhubung kes ini.

“Pandangan-pandangan negatif hanyalah di media sosial. Pihak sekolah dan masyarakat di sini menjalani kehidupan seperti biasa, malah anak-anak mereka majoritinya gembira kerana dapat menyertai kegiatan kokurikulum tersebut bersama APM,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan murid yang terlibat dalam program jati diri dengan APM, guru dan pemimpin tempatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Beluru di Kuala Kangsar pada Khamis, memetik laporan Utusan Online.

Related Articles