Kertas siasatan dibuka, Guan Eng akan dipanggil

Beliau berkata, keterangan akan diambil berhubung pembelian banglo yang dibawah harga pasaran ekoran beberapa laporan polis sudah dibuat terhadap Ketua Menteri itu.

Khalid, berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan membabitkan perakuan palsu selepas menerima laporan daripada orang awam.

“Laporan polis sudah dibuat dan kita akan panggil Ketua Menteri Pulau dan pemilik asal banglo berkenaan, Phang Li Koon untuk diambil keterangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-209 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) di sini, sebentar tadi.

Sebelum ini Guan Eng didakwa membeli sebuah banglo di Jalan Pinhorn di sini, di bawah harga pasaran iaitu RM2.8 juta sedangkan mengikut anggaran nilai hartanah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ialah RM4.27 juta.

Minggu lalu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya turut mengaitkan pembelian banglo Guan Eng itu dengan isu penjualan tanah di Taman Manggis.

Related Articles