Katanya tiada beza konsep baharu mereka dengan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang pernah diwujudkan suatu ketika dahulu tetapi hilang begitu sahaja.
“Kerjasama ini tak berubah dan sama seperti APU yang diwujudkan pada tahun 1990. Kisah lama yang dibawa oleh pemimpin baharu,” katanya yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Gabungan ini katanya dibentuk hanya untuk menentang UMNO BN yang disifatkan beliau hanya sementara.
Beliau mengulas kepada perjanjian kerjasama politik antara PH dan PPBM.
Katanya, jika pakatan tersebut berjaya dalam PRU akan datang, mereka dari parti PPBM itu yang majoritinya adalah bekas ahli UMNO akan meneruskan perjuangan bersama PH.
Namun, jika sebaliknya yang berlaku, Jazlan berpendapat bahawa mereka akan kembali kepada UMNO. – Tamil Nesan