Kereta tukang jahit langgar kereta Morais

S.Yogeswari, 37, berkata kenderaan Mitsubishi Triton berwarna hitam dengan nombor pendaftaran PEP 1135 adalah miliknya namun, ia digunakan oleh seorang lelaki bernama Rajendran iaitu suami bekas pekerjanya.

Yogeswari berkata beliau memiliki dua kenderaan iaitu Mitsubishi Triton dan Perodua Kembara tetapi beliau hanya menggunakan Kembara manakala Triton digunakan Rajendran.

Saksi ke-37 itu memberitahu demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin pada perbicaraan kes bunuh itu yang masuk hari ke-25 hari ini.

Bagaimanapun, wanita itu berkata sekitar Ogos hingga September tahun lepas, beliau menyerahkan kenderaan itu kepada seorang lelaki bernama Selvam, yang baharu dikenalinya selama tiga minggu, untuk dijual. – Bernama

Related Articles