Kerajaan tidak akan tunduk pertikaian teksi dan Uber

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata demikian sebagai reaksi terhadap ugutan pemandu teksi yang tidak akan menyokong kerajan sekiranya Uber diluluskan di Malaysia.

Menurut beliau berkata kerajaan juga perlu memahami apa yang pengguna mahu.

Bercakap pada majlis rumah terbuka kementerian pada Rabu, beliau berkata, pengguna perlu diberi keutamaan kerana mereka membentuk kumpulan yang lebih besar daripada pemandu teksi.

“Bagaimana untuk menafikan hak-hak mereka jika itu yang mereka mahu,” katanya.

Nazri juga berkata, beliau menjangkakan kereta api berkelajuan tinggi yang akan menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura akan meningkatkan industri pelancongan negara.

“Kami telah lama menunggunya. Keretapi laju pastinya akan mengurangkan masa perjalanan,” katanya, sambil menambah lebih daripada 50 peratus pelancong adalah dari Singapura. –mStar

Related Articles