Kerajaan pulau syarikat sokong Bersih

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata demikian sebagai menyokong pandangan yang diutarakan oleh Awang Selamat dalam ruangannya di akhbar Utusan Mingguan.

“AS menulis mengenai ada syarikat-syarikat yang menaja perhimpunan haram Bersih dengan tujuan menggulingkan kerajaan, tetapi pada masa yang sama syarikat-syarikat ini mendapat kontrak dari kerajaan.

“Saya bersetuju dengan pandangan beliau bahawa syarikat berkenaan perlu disenaraihitamkan. Saya akan minta EPU dan UKAS untuk melihat semua latar belakang syarikat yang memohon kontrak kerajaan melalui mereka.

“Syarikat yang jelas menyokong perhimpunan haram akan disenaraihitamkan serta merta,” katanya di dalam laman Twitter beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut berkata bahawa masih banyak lagi syarikat lain yang mampu memberikan perkhidmatan dan juga terma yang setanding berbanding syarikat-syarikat yang menyokong badan bukan kerajaan itu.

Justeru, peluang tersebut seharusnya diberikan kepada syarikat yang tidak menyokong Bersih atau mana-mana perhimpunan haram.

“Masa untu berlembut dan bertoleransi sudah berakhir. Syarikat yang membantu gerakan mengugat keselamatan ekonomi negara akan saya pulau.

“Bersih nak demo hari-hari itu hal dia. Tapi syarikat-ssyarikat yang setuju jatuhkan kerajaan tapi lepas itu minta kontrak kerajaan, itu tak boleh!,” tegas Ahli Parlimen Kota Belud itu lagi.

Awang Selamat dalam pojoknya pada Ahad berkata, sudah beberapa kali beliau mendapat maklumat mengenai pembabitan banyak syarikat atau individu yang mendapat kontrak kerajaan tetapi bertindak menyokong Bersih dalam diam-diam.

Tegas Awang Selamat lagi, ke­gagalan kerajaan bertegas dengan tidak menyenarai hitam syarikat terlibat hanya memberi mesej yang salah kepada rakyat terba­nyak dan tiada gunanya selepas terhantuk baru hendak terngadah.

Related Articles