Kerajaan perlu wujudkan logo halal produk muslim – Zahidi

by SM Amin

Kata Zahidi, dengan adanya logo tersebut, ia dapat membantu memperluaskan pasaran perniagaan mereka sekaligus dapat merapatkan jurang dalam penguasaan industri halal di negara ini dan antarabangsa, antara orang Islam dan bukan Islam.

“Kita lihat sekarang, perbezaan besar antara bukan Islam dan Islam di mana, yang bukan Islam 89 peratus menguasai produk halal di peringkat antarabangsa untuk eksport.

“Sementara di peringkat dalam negara pula 70 peratus dikuasai bukan Islam dan selebihnya dikuasai orang Islam,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat di sini.

Menurut Zahidi, pengusaha kecil dan sederhana Islam sukar untuk mendapatkan logo halal yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana syarat-syarat yang sangat ketat.

Jelasnya, syarat ketat tersebut hanya mampu dipenuhi syarikat atau pengusaha yang besar yang majoritinya bukan orang Islam.

Bagaimanapun tegas Zahidi, logo halal produk muslim itu bukannya untuk menggantikan logo halal JAKIM sedia ada sebaliknya ia hanya untuk membantu usahawan industri kecil dan sederhana Islam.

Cadangan beliau mendapat perhatian ahli Parlimen PAS-Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Mazian Nik Mohamad dan ahli Parlimen PKR-Kuantan, Fuziah Salleh yang bangun mencelah dan menyokong cadangan tersebut.

Related Articles