Kerajaan perlu beri penjelasan

by SM Amin

Walaupun 2016 sudah hampir berakhir, tetapi peruntukan yang dijanjikan oleh kerajaan menerusi Bajet 2016 masih belum diterima oleh SJKC sehingga hari ini. KPM memberitahu bahawa MOF tidak mengeluarkan peruntukan menyebabkan pihaknya tidak dapat menyalurkan kepada sekolah pelbagai aliran.

Sekarang SJKC sedang menghadapi masalah kewangan kerana jumlah murid terlalu ramai berbanding sekolah-sekolah lain. Jika peruntukan tersebut tidak diterima nescaya akan menjejaskan pembelajaran di SJKC.

Sebelum ini masyarakat Cina, Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) dan pertubuhan pendidikan Cina kerap kali menggesa pihak kerajaan supaya memberi peruntukan yang lebih adil terhadap sekolah jenis kebangsaan dan sekolah pelbagai aliran bagi menjamin tiada sekolah yang terpinggir.

KSN perlu menyiasat berhubung kehilangan wang peruntukan RM50 juta dan kenapa wang tersebut lambat diserahkan kepada sekolah pelbagai aliran. Oleh itu, KPM dan MOF perlu menjelaskan perkara tersebut. – China Press

Related Articles