Kerajaan Kelantan perlu ambil tindakan, kehidupan Orang Asli terjejas

Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, tindakan menghalang pembalak memasuki kawasan mereka itu tanpa mempedulikan undang-undang adalah demi mempertahankan kehidupan mereka yang kini sedang terjejas akibat aktiviti pembalakan.

“Saya merasakan mereka mempunyai alasan yang kukuh untuk berbuat demikian. Namun demikian mengambil tindakan sendiri, mereka seharusnya meminta kerjasama dengan polis berbanding mengambil tindakan sendiri.

“Aspek itu merupakan satu kesalahan. Tetapi kita bersimpati dengan Orang Asli kerana mereka sukar untuk meneruskan kehidupan. Air menjadi kotor dan tanaman mereka musnah dengan pembalakan,” katanya yang lebih dikenali sebagai Ku Li ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU2016) pada Khamis.

“Mereka mempunyai alasan atas tindakan mereka,” katanya lagi.

Ku Li berkata kerajaan Kelantan seharusnya mengambil tindakan susulan perkara itu.

“Tindakan harus diambil oleh kerajaan negeri, bukan kerajaan Persekutuan.

“Saya sebagai ahli Parlimen hanya boleh menyuarakan pendapat untuk melindungi Orang Asli,” katanya lagi.

Related Articles