Kerajaan belum putuskan cadangan pindaan Akta Rahsia Rasmi, kata menteri

Beliau berkata, menurut kebiasaannya, peruntukan dalam suatu undang-undang akan dikaji apabila mencapai suatu tempoh masa tertentu.

“Dalam hal ini, Jabatan Peguam Negara berpandangan sudah tiba masanya peruntukan berkenaan hukuman dalam Akta Rahsia Rasmi 1972 dikaji semula selaras perkembangan semasa penyebaran maklumat dunia tanpa sempadan,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, Parlimen, pada Rabu.

Nancy yang juga ahli Parlimen Batang Sadong berata, kekerapan berlakunya ketirisan rahsia kerajaan pada masa kini juga menyebabkan Jabatan Peguam Negara berpendapat ianya dikaji semula.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan yang meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyatakan faktor yang menyebabkan pindaan Akta Rahsia Rasmi 1972 yang dicadangkan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali.

Related Articles