Kerajaan akan tukar pegawai Felda

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata cadangan itu juga mungkin melibatkan penukaran individu yang memegang jawatan strategik dalam Felda kerana hal tersebut memaparkan kegagalan pelaksanaan tahap integriti yang sepatutnya.

Beliau berkata memandangkan Felda merupakan sebuah organisasi di bawah Jabatan Perdana Menteri, pihaknya akan berjumpa sendiri dengan menteri terlibat untuk perbincangan lanjut.

“Jika ada sebarang salah laku, pastinya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) akan menyiasat dan saya yakin mereka telah melakukannya.

“KSN (Ketua Setiausaha Negara) juga patut mengenakan tindakan disiplin dalam hal ini…kerajaan ada banyak agensi, jadi perlu dilihat semula bagaimana kelemahan sebegini boleh berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 pada Isnin, antara lain mendedahkan Felda menanggung kerugian sehingga RM73 juta bagi tiga projek yang dijalankan tanpa kelulusan. –Tamil Malar

Related Articles