Kerajaan akan selesaikan kemelut dihadapi pemandu teksi

by SM Amin

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau faham dan prihatin terhadap isu itu yang rungutan dalam kalangan pemandu teksi.

Beliau berkata, penggunaan perkhidmatan pemandu kereta Uber dan GrabCar dilihat mengganggu pendapatan pemandu teksi buat masa ini.

Katanya, isu berkenaan bukanlah eksklusif di Malaysia malah dihadapi dan sedang diteliti di banyak negara.

“Seperti yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kerajaan sedang mengkaji dan meneliti cadangan bagi menangani dua isu pokok di sini.

“Pertamanya pendapatan dan kebajikan pemandu teksi dan keduanya isu kereta sewa seperti Uber dan Grabcar yang menggunakan aplikasi telefon pintar,” katanya di dalam blog beliau, hari ini.

Najib berkata, terdapat pelbagai faktor yang kerajaan perlu pertimbangkan dan mengimbangi dalam hal ini seperti elemen inovasi, persaingan dan sebagainya.

Beliau berkata, dalam era serba canggih dan berinovasi ini, negara perlu bersedia untuk menerima dan bergerak seiring dengan perkembangan teknologi.

Katanya, persaingan mesti juga dilihat sebagai batu loncatan dan bukan halangan supaya perkhidmatan terbaik dapat dinikmati oleh rakyat.

“Biarpun begitu, kerajaan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini.

Related Articles