Keputusan UPSR diumum 17 November ini

Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Khair Mohamad Yusof akan mengumumkan analisis keputusan berkenaan di Kementerian Pendidikan, Putrajaya pada tarikh yang sama.

Seramai 452,721 calon menduduki UPSR 2016 selama lima hari bermula 1 September hingga 8 September lalu di 8,100 pusat peperiksaan seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, 443,677 adalah calon daripada sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan manakala 9,044 calon lagi daripada sekolah swasta.

Related Articles