Keputusan permohonan UPUOnline bagi lepasan STPM boleh disemak esok

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan, pemohon yang gagal boleh mengemukakan rayuan menerusi e-Rayuan yang akan dibuka dalam tempoh lima hari bermula esok, 8 Ogos 2016 hingga 12 Ogos 2016.

Katanya, semakan keputusan dan permohonan e-Rayuan boleh didapati melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.

“Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi helpline UPU di talian 03-88706767 atau 03-88706777.

“Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang,” katanya pada satu kenyataan di laman Facebooknya pada Ahad.

Maklumat lanjut, boleh melayari portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my.

Related Articles